Filem bergenre serius di Malaysia sering berhadapan cabaran dalam mencapai kejayaan komersial kerana persepsi penonton yang cenderung memilih hiburan ringan dan filem berunsur komedi atau aksi. Walaupun strategi menggunakan pelakon berprofil tinggi sebagai crowd puller banyak digunakan dalam industri, keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaan strategi pemasaran yang terancang dan bersepadu. Kajian kes kualitatif ini meneliti keberkesanan Komunikasi Pemasaran Bersepadu (IMC) sebagai strategi utama dalam mempromosikan filem Memoir Seorang Guru (2024), khususnya melalui tiga pemboleh ubah bebas: (1) pelaksanaan elemen IMC, (2) penggunaan crowd puller Rosyam Nor, dan (3) strategi promosi media sosial. Hasil dapatan dinilai terhadap dua pemboleh ubah bersandar: (i) keterlibatan penonton dan (ii) tahap keterlihatan filem.Data diperoleh melalui temu bual separuh berstruktur bersama penerbit, pengarah dan wakil pengedar, serta analisis kandungan media sosial rasmi filem (Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube). Analisis tematik mendapati wujud ketidakkonsistenan mesej promosi merentas pelbagai saluran komunikasi, selain penggunaan crowd puller yang kurang dimanfaatkan di platform digital. Walaupun promosi tradisional seperti jelajah filem dan liputan media arus perdana telah dijalankan, kurangnya strategi digital berasaskan engagement menjadikan capaian penonton terhad dan tidak berimpak tinggi. Kajian ini merumuskan bahawa keberkesanan pemasaran filem bergenre serius dapat ditingkatkan melalui perancangan IMC yang lebih tersusun, penyelarasan mesej yang seragam serta pemanfaatan media sosial secara konsisten dan kreatif. Kajian ini menyumbang cadangan praktikal kepada penggiat industri untuk meningkatkan daya saing dan prestasi pemasaran filem berunsur pendidikan di Malaysia.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zunyazan, Muhammad Nawawi 2024624434 |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Marketing > Telemarketing. Internet marketing P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Motion picture |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
| Journal or Publication Title: | CREAFTA 2026 International conference on creative practices in film, theatre, and animation Proceedings |
| ISSN: | 9789672681335 |
| Event Title: | International conference on creative practices in film, theatre, and animation CREAFTA 2026 |
| Event Dates: | 3-4 February 2026 |
| Page Range: | pp. 33-36 |
| Keywords: | Pemasaran filem, IMC, Crowd puller, Media sosial, Filem pendidikan, Kajian kualitatif |
| Date: | May 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148351 |
148351.pdf
