Risiko kegagalan geoteknik: Nyawa kita tanggungjawab bersama

Mohd Noor, Siti Nur Aishah and Razali, Roslizayati (2025) Risiko kegagalan geoteknik: Nyawa kita tanggungjawab bersama. e-DINAMIK. pp. 608-609. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini membincangkan krisis risiko kegagalan geoteknik seperti kejadian tanah runtuh, kegagalan cerun, dan mendapan tanah atau jalan raya yang kerap menjejaskan keselamatan nyawa serta infrastruktur awam di Malaysia. Penulisan ini menekankan bahawa pengurusan risiko geoteknik bukan sekadar tanggungjawab kepakaran jurutera geoteknik, malah memerlukan penglibatan dan kesedaran kolektif daripada masyarakat awam yang mendiami, bekerja, atau melintasi kawasan berisiko tinggi setiap hari. Berdasarkan sorotan tragedi tanah runtuh utama di Malaysia seperti Highland Towers (1993) dan Batang Kali, Selangor (2022), faktor pendorong utama kegagalan geoteknik merangkumi pendedahan terhadap hujan lebat, pemotongan cerun tanpa kawalan, serta sistem saliran yang tidak teratur. Hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti insiden kegagalan geoteknik menunjukkan tanda-tanda awal kerosakan yang selalunya terlepas pandang. Oleh itu, pemerkasaan kepekaan masyarakat terhadap petunjuk awal ini amat krusial bagi membolehkan langkah mitigasi dan pencegahan awal diambil sebelum berlakunya bencana yang membawa kerugian nyawa dan kemusnahan harta benda.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148261.pdf]
Text
148261.pdf
Download (590kB)
Indexing & Metrics