Pembalakan dan kelestarian alam

Mohammad, Shahrul Nizam and Mohamed Yusof, Mohamed Khatif Tawaf and Mat Salleh, Mohd Zulkhairi (2025) Pembalakan dan kelestarian alam. e-DINAMIK. pp. 602-603. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini menganalisis peranan aktiviti pembalakan serta penggunaan kayu sebagai bahan mentah mesra alam dan sumber diperbaharui dalam menyokong kelestarian alam sekitar, menangani perubahan iklim, dan membendung kepupusan sumber asli. Kajian ini memfokuskan kepada keupayaan hutan dan produk kayu dalam fungsi penyimpanan karbon (penyerapan karbon dioksida menerusi fotosintesis serta pengekalan karbon dalam biojisim pokok dan struktur binaan kayu) yang berkesan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pemanasan global. Selain itu, artikel ini turut mengetengahkan amalan kitar semula kayu melalui pemprosesan semula kepada bahan komposit, papan lapis, kayu lamina venir, serta inovasi biokomposit (gabungan kayu dan plastik kitar semula) bagi memaksimumkan jangka hayat bahan, mengurangkan penjanaan sisa, dan memelihara ekosistem hutan secara berkelanjutan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148250.pdf]
Text
148250.pdf
Download (599kB)
Indexing & Metrics