Sekolah harian vs sekolah asrama: Mana pilihan terbaik untuk anak?

Mohd Noor, Siti Nur Aishah (2025) Sekolah harian vs sekolah asrama: Mana pilihan terbaik untuk anak? e-DINAMIK. pp. 600-601. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini menganalisis dilema dan pertimbangan ibu bapa dalam memilih antara sekolah harian dengan sekolah berasrama penuh bagi anak-anak yang melangkah ke peringkat sekolah menengah. Kajian ini membandingkan kelebihan serta cabaran kedua-dua institusi pendidikan tersebut dari sudut pengurusan masa, hubungan keluarga, aspek kewangan, dan pembentukan berdikari murid. Sekolah harian memberi kelebihan dari segi jarak yang dekat dengan rumah, pemantauan berterusan oleh keluarga, ikatan kekeluargaan yang lebih erat, serta kos persekolahan yang secara amnya lebih rendah. Walau bagaimanapun, sekolah harian menuntut disiplin kendiri yang sangat tinggi daripada murid untuk mengurus masa antara akademik dan tugasan rumah, di samping risiko kebergantungan kepada keluarga serta kemungkinan kos tambahan bagi kelas tuisyen. Sebaliknya, sekolah berasrama penuh menawarkan jadual belajar yang lebih terstruktur di bawah pengawasan guru yang rapi bagi membina sifat berdikari, walaupun mewujudkan cabaran dari segi penyesuaian diri dan jarak dengan keluarga. Penulisan ini memberi panduan berinformasi kepada ibu bapa untuk membuat keputusan pendidikan yang terbaik mengikut personaliti, keperluan, dan keupayaan anak masing-masing.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148248.pdf]
Text
148248.pdf
Download (568kB)
Indexing & Metrics