Abstract
Perubahan adalah lumrah dalam alam kehidupan manusia. Manusia tidak mungkin berada kaku di sesuatu keadaan tanpa menempuh sebarang bentuk perubahan. Paling nyata, fizikal dan kemampuan manusia sentiasa berubah
selaras dengan perkembangan usia. Selaras dengan peranan dan fungsi sebagai khalifah, manusia menjadi agen utama kepada sebarang proses perubahan. Pengutusan para rasul sendiri adalah untuk mengubah manusia agar menepati kehendak Allah selaku Pencipta sebenar berpaksikan kepada akidah tauhid. Selain peranan rasul, manusia juga perlu berilmu untuk menguruskan perubahan. Perubahan tidak boleh ditangani melalui emosi tanpa kawalan. Manusia yang tidak bersedia berubah akan mendapati dirinya ketinggalan. Menguruskan perubahan hendaklah dilakukan secara
beretika agar ianya selari dengan keperluan dan kehendak manusia dan Penciptanya. Situasi inilah yang wajar diberi penekanan dalam konteks perkhidmatan awam di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dahalan, Zulkifli UNSPECIFIED Mahmud, Wahairi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang |
Journal or Publication Title: | ESTEEM Academic Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > ESTEEM Academic Journal (EAJ) |
ISSN: | 1675-7939 |
Volume: | 5 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 93-113 |
Keywords: | Pengurusan; Transformasi; Tauhid; Etika, Ilmu |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14824 |