Artikel ini membincangkan pembangunan aplikasi 'Co-Driver' sebagai langkah inisiatif bagi menangani isu kemalangan jalan raya di Malaysia yang berpunca daripada faktor pemandu, keadaan jalan raya, dan cuaca. Aplikasi ini direka khusus untuk dikawal oleh penumpang bagi memantau risiko kemalangan sepanjang perjalanan dan memaklumkan amaran terus kepada pemandu. Diintegrasikan bersama kamera dan lampu amaran, aplikasi 'Co-Driver' menampilkan dua skrin utama iaitu skrin pemantauan risiko kemalangan (seperti kawasan titik kemalangan, kabus, tanah runtuh, gelinciran, dan lintasan haiwan) serta skrin aduan gangguan jalan raya (seperti jalan berlubang, ketiadaan lampu, bangkai haiwan, dan halangan) untuk dimaklumkan kepada pihak berkuasa demi mewujudkan pemanduan yang selamat.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Haron, Hairol Anuar anuar7405@uitm.edu.my Zakariah, Zulfairul zulfairul@uitm.edu.my Bachok, Mohd Fairuz mohdfairuz@pahang.uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Traffic engineering. Roads and highways. Streets H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Traffic accidents Q Science > QA Mathematics > Computers and civilization. Social aspects of computers. Hackers |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 594-595 |
| Keywords: | Pemanduan selamat, Kemalangan jalan raya, Aplikasi Co-Driver, Keselamatan jalan raya, Sistem pemantauan risiko, Aduan awam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148229 |
148229.pdf
