Mari mengeja bersama-sama Ayu

Ramli, Roziah and Mohamad Yusrie, Nur Amylia Natasya and Mohd Mazni, Sarah Nabilah and Muhd Hasanuddin, Nur Hana Aliesha and Norahairuzan, Muhamad Danish (2025) Mari mengeja bersama-sama Ayu. In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 281-285. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

“Mari Mengeja Bersama-sama Ayu” ialah produk inovatif yang diperkenalkan untuk membantu murid tahap 1 yang kurang mahir dalam kemahiran mengeja. Produk digital ini direka untuk meningkatkan kemahiran mengeja melalui kaedah interaktif serta menerapkan komunikasi lisan yang baik. Masalah kesukaran mengeja merupakan salah satu cabaran utama bagi setiap guru. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melatih kemahiran mengeja murid-murid dengan cara yang lebih mudah dan menarik. Kerangka konsep yang dicadangkan untuk kajian ini dibangunkan daripada penyelidikan terperinci tentang kaedah pedagogi kontemporari yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid. Produk “Mari Mengeja Bersama-sama Ayu” berdasarkan gabungan Teori Konstruktivisme dan Kajian Kognitif dalam Pembelajaran berasaskan Permainan yang menekankan proses PdP berpusatkan murid serta permainan pengukuhan pembelajaran kognitif. Pendekatan Reka Bentuk berpusatkan Pengguna (User-Centered Design-UCD) digunakan untuk membangunkan inovasi ini. Seramai 27 orang Murid Tahun 2 dan tiga orang guru serta dua orang pakar IT terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa produk digital ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mengeja mereka serta meningkatkan minat dan kemampuan dalam menguasai konsep mengeja. Kesimpulannya, penghasilan produk inovasi ini sangat membantu dalam menyokong pembelajaran mengeja dalam kalangan murid Tahap 1.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148193.pdf]
Text
148193.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics