Fleksi atau i‘rab merupakan cabang ilmu tatabahasa yang menjadikan bahasa Arab unik namun kompleks untuk dipelajari. Hal ini demikian kerana penyampaian maklumat dalam kitab-kitab yang sering digunakan bagi pembelajaran fleksi bahasa Arab sukar difahami. Sehubungan itu, seiring perkembangan teknologi kini, pengkaji menghasilkan suatu inovasi dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab melalui pembangunan modul Infografik Fleksi al-Quran, iFleQ. Pembangunan modul ini bertujuan membantu para pelajar menguasai ilmu fleksi bahasa Arab dengan lebih mudah menerusi penggunaan infografik dalam bahan pembelajaran dan konsep pembelajaran abad ke-21, iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Seterusnya, kandungan modul memfokuskan fleksi bahasa Arab bagi 19 surah daripada Juzu’ 30 al-Quran dan ditampilkan dalam bentuk infografik yang menarik. Selain itu, pembangunan modul ini dilaksanakan berdasarkan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang merangkumi dua fasa kajian, iaitu fasa analisis keperluan dan fasa reka bentuk dan pembangunan. Dapatan kajian pada menunjukkan majoriti pelajar bersetuju bahawa infografik meningkatkan kreativiti berfikir dan membantu mereka mengingati konsep pembelajaran fleksi bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Tuntasnya, modul ini dapat dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran fleksi bahasa Arab bagi para pelajar, pensyarah guru, dan orangaw am serta boleh dijadikan panduan bagi memahami makna ayat al-Quran berdasarkan ilmu fleksi bahasa Arab.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yusop, Khadijah UNSPECIFIED Abdul Hamid, Mohd Fauzi UNSPECIFIED Yahaya, Mohd Firdaus UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 265-268 |
| Keywords: | Pembangunan modul, Infografik, Fleksi bahasa Arab, Fleksi al-Quran, Tatabahasa Arab, Aplikasi teknologi |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148172 |
148172.pdf
