SimBa

Junaidin, Zarkashi and Nor Shafizul Adli, Nur Dania Qistina and Jamin, Masni (2025) SimBa. In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 261-264. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan inovasi digital yang dinamakan SimBa sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang berpotensi untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam aspek seni bahasa, bahasa Melayu murid sekolah rendah. SimBa juga merupakan inovasi yang berupaya menjadikan pembelajaran simpulan bahasa menjadi lebih menyeronokkan dan harmoni sejajar dengan teknik didik hibur. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan simpulan bahasa yang inovatif mampu memampankan kemahiran berbahasa murid ke arah yang lebih optima. Penghasilan inovasi ini muncul setelah melihat sebuah inovasi berkait simpulan bahasa juga yang dinamakan T.Kaber Simpulan Bahasa oleh Puan Elly melalui aplikasi Youtube. Namun begitu, inovasi tersebut berbentuk maujud, maka SimBa telah terhasil sebagai inovasi yang berbentuk digital bagi tujuan membantu murid menguasai simpulan bahasa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148169.pdf]
Text
148169.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics