Kit pembelajaran KEA (kenali emosi anda)

Jamin, Masni and Ab. Latif, Nooraini and Mohd Zabidon, Fathimatuzzahra’ and Muhamad Nujeib, Nurul Atiqah and Shariful Anuar, ‘Irdina (2025) Kit pembelajaran KEA (kenali emosi anda). In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 258-260. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Pendidikan yang terancang merupakan tonggak utama kepada kecemerlangan generasi ke arah pembangunan masyarakat madani. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan pembangunan inovasi Kit-KEA sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berinovatif bagi menarik minat murid di samping meningkatkan kefahaman berkaitan Kata Adjektif Perasaan dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Inovasi ini memaparkan pelbagai aktiviti berkonsepkan multimedia interaktif (MMI) yang kreatif serta berupaya memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tatabahasa Bahasa Melayu di sekolah. Tambahan pula, inovasi ini turut menerapkan elemen pembelajaran abad ke-21 (PAK21) seperti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan flipped classroom. Kit Pembelajaran ini diharapkan dapat membantu murid mempelajari tatabahasa Bahasa Melayu dengan lebih mendalam khususnya berkaitan Kata Adjektif serta diaplikasikan oleh guru sewaktu proses PdPc Bahasa Melayu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148166.pdf]
Text
148166.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics