AI mudahkan urusan para pereka visual

Mohd Amin, Mohd Hamidi Adha (2025) AI mudahkan urusan para pereka visual. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Dalam dunia reka bentuk visual yang semakin pantas, AI atau kecerdasan buatan kini menjadi alat penting membantu para pereka hasilkan karya dengan lebih efisien dan kreatif. Dengan beberapa fungsi yang hebat, AI bukan saja mempercepatkan kerja, malah membuka ruang untuk rekaan lebih inovatif dan menarik. Pertama, AI membolehkan pereka untuk aplikasi dalam *reimagine person* atau cipta imej orang secara digital dengan mudah. Ini bermaksud pereka boleh hasilkan karakter atau wajah unik tanpa perlu model sebenar, menjimatkan masa dan kos. Contohnya, untuk projek yang memerlukan imej manusia tertentu atau fantasi, AI boleh bantu hasilkan wajah dan ekspresi yang realistik atau imaginasi ikut kehendak. Kedua, AI digunakan untuk mengolah gambar studio. Melalui teknologi AI, proses editing gambar jadi lebih lancar dan tepat. AI boleh automatik betulkan pencahayaan, tona kulit, serta membuang cacat cela tanpa perlu kerja manual yang rumit. Ini membolehkan pereka hasilkan gambar studio berkualiti tinggi dengan lebih cepat, meningkatkan hasil kerja dan produktiviti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148123.pdf]
Text
148123.pdf
Download (732kB)
Indexing & Metrics