Kreativi pelajar dalam menghasilkan buku cerita kanak-kanak secara manual ilustrasi

Husin, Mohd Syazrul Hafizi and Abu Hassan, Anita (2025) Kreativi pelajar dalam menghasilkan buku cerita kanak-kanak secara manual ilustrasi. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Kreativiti merupakan asas penting dalam dunia seni dan reka bentuk, kerana melalui proses kreatif, seorang pelajar atau pereka mampu meluahkan pemikiran, emosi, dan imaginasi mereka ke dalam bentuk visual yang dapat difahami oleh khalayak. Tema “Expressing Creative Thought” menekankan kepentingan proses menterjemahkan idea ke dalam bentuk nyata yang bukan sahaja estetik tetapi juga berfungsi. Dalam konteks subjek GDT158 Illustration, pelajar jurusan Grafik dari Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka (FSSR) UiTM Kedah telah didedahkan dengan pelbagai teknik, medium, dan pendekatan untuk mengembangkan potensi imaginasi mereka. Projek akhir bagi kursus ini menuntut pelajar menghasilkan sebuah buku kanak-kanak yang menggunakan kaedah manual ilustrasi dengan pensil warna, sekaligus menjadi medium untuk menzahirkan pemikiran kreatif mereka secara lebih mendalam. Ilustrasi bukan sekadar menggambar semula sesuatu objek atau watak. Ia adalah proses interpretasi, simbolisasi, dan komunikasi visual yang lahir daripada imaginasi kreatif seseorang. Dalam menghasilkan buku kanak-kanak, pelajar perlu berfikir bukan sahaja tentang aspek teknikal seperti garisan, tona, atau warna, tetapi juga tentang bagaimana ilustrasi tersebut dapat menyampaikan cerita, emosi, dan nilai moral yang sesuai dengan khalayak muda. Pemilihan pensil warna sebagai medium manual menambahkan lagi dimensi kreatif dalam projek ini. Medium tradisional seperti pensil warna menuntut kesabaran, ketelitian, dan penguasaan teknik layering serta blending untuk menghasilkan tekstur dan mood tertentu. Di sinilah terletaknya kekuatan tema kerana pelajar berupaya mengawal medium manual ini untuk menghidupkan watak, membina latar, dan menggerakkan naratif dalam bentuk visual.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148114.pdf]
Text
148114.pdf
Download (798kB)
Indexing & Metrics