Penerimaan konsep Murabahah di kalangan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah Manir, Terengganu

Abu Bakar, Rubiah and Wan Ahmad, Wan Helmy Shahriman and Abd Aziz, Najdah and Mohd Nazri, Farah Nur Ain (2026) Penerimaan konsep Murabahah di kalangan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah Manir, Terengganu. Journal of Halal Science and Management Research, 2 (2): 10. pp. 260-273. ISSN 3093-8368
Identification Number (DOI): 10.24191/jhsmr.v2i2.12050
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penerimaan konsep Murabahah dalam kalangan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah Manir. Murabahah adalah satu transaksi tertentu di mana penjual menyatakan dengan jelas kos barangan yang dijual yang telah ditanggungnya dan kemudian menjualnya kepada orang lain sambil menambah keuntungan. Murabahah membenarkan penentuan keuntungan bersama, yang boleh dinyatakan sebagai bayaran tunggal atau sebagai peratusan yang telah ditetapkan untuk dicaj ke atas kos. Kajian ini menggunakan 51 orang kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah Manir sebagai responden kajian bagi mencapai objektif kajian iaitu penerimaan serta perluasan konsep murabahah. Responden telah menjawab soalselidik yang diedarkan melalui borang dalam talian dan kaedah kuantitatif menggunakan statistik deskriptif digunakan dalam metodologi kajian bagi menganalisis peratusan, kekerapan, min serta sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah Manir menerima dengan baik konsep Murabahah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap nilai min pembolehubah berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min bahagian A ialah 4.37, bahagian B 4.35 dan bahagian C 4.47 (tinggi). Skop kajian perlu diperluaskan lagi kepada populasi yang lebih besar agar penerimaan konsep murabahah ini lebih jelas difahami dan penggunaan produk perbankan Islam dalam kalangan masyarakat dapat diperluaskan lagi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148108.pdf]
Text
148108.pdf
Download (328kB)
Indexing & Metrics