Industri pelancongan halal dan hospitaliti Islam terus berkembang selaras dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan yang mematuhi prinsip syariah. Namun, pembangunan hotel patuh syariah di Malaysia masih berhadapan dengan standard yang terpisah, kekeliruan konsep antara hotel mesra Muslim dengan hotel patuh syariah serta pelaksanaan operasi yang tidak seragam. Kertas konsep ini menggunakan kajian kepustakaan dan analisis dokumen terhadap literatur ilmiah, MS 2610:2015, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, MHMS 2020 dan Garis Panduan MFAR 0001:2024. Analisis mengintegrasikan lima dimensi Maqasid Syariah dengan keperluan operasi berautoriti. Kajian mencadangkan kerangka konseptual yang boleh diukur melalui lima domain pematuhan, iaitu tadbir urus agama dan jaminan halal (hifz al-Din), keselamatan dan kebersihan (hifz al-Nafs), kawalan bahan memabukkan serta hiburan mudarat (hifz al-’Aql), privasi dan perlindungan keluarga (hifz al-Nasl), serta kewangan beretika, perlindungan aset dan data (hifz al-Mal). Setiap domain dinilai melalui bukti dokumen, pemerhatian lapangan, rekod audit dan tindakan pembetulan. Kerangka ini menyediakan asas praktikal untuk penilaian kendiri hotel, penyelarasan kawal selia dan pengesahan empirikal pada masa hadapan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Siti Nur Husna UNSPECIFIED Bahori, Adibah UNSPECIFIED Ismail, Khairah UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Food industry and trade. Halal food industry. Certification |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Halal Science and Management Research |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Halal Science and Management Research (JHSMR) |
| ISSN: | 3093-8368 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 228-245 |
| Keywords: | Hospitaliti halal, Hotel patuh syariah, Maqasid syariah, Industri hospitaliti Islam, Pelancongan halal |
| Date: | 30 September 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148106 |
148106.pdf
