Pengembaraan Darori

Harwi, Nur Amirah Hatasya and Abdul Muie, Raihan Najeehan and Mohd Anuar, Siti Khadijah and Jamin, Masni and Ab Latif, Nooraini (2025) Pengembaraan Darori. In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 247-249. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Inovasi yang diberi nama “Pengembaraan Darori” merupakan inovasi digital yang berbentuk “Game Based Learning” yang dihasilkan dan dibangunkan untuk digunakan bagi membantu pengajaran tatabahasa (ayat majmuk gabungan) murid Tahun 3 dengan lebih berkesan. Selain itu, inovasi ini turut dapat digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca murid-murid dengan adanya petikan jalan cerita yang dimasukkan dalam inovasi Pengembaraan Darori ini. Inovasi ini dihasilkan dalam bentuk multimedia interaktif yang dapat menarik minat murid dengan adanya paparan grafik yang berwarna-warni dan menarik. Inovasi ini juga mampu meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar kerana terdapat unsur penerapan belajar sambil bermain. Inovasi Pengembaraan Darori ini merupakan sebuah platform yang memerlukan murid-murid melalui sebuah pengembaraan dari satu tahap ke satu tahap yang lain untuk mencapai kemenangan. Tahap-tahap yang terdapat dalam inovasi ini juga disesuaikan dengan aras Taksonomi Bloom, dimulai aras memahami, mengaplikasi, dan yang terakhir menganalisis.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148054.pdf]
Text
148054.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics