Artikel ini membincangkan pelaksanaaan projek "Hollow Concrete Brick" dalam mata pelajaran Material and Structural Laboratory yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi merapatkan jurang antara teori dan amalan praktikal untuk pelajar tahun kedua kejuruteraan awam. Projek ini melibatkan beberapa fasa penting iaitu konseptualisasi reka bentuk, penyediaan acuan dan bahan, fabrikasi, ujian, serta penilaian akhir bagi membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan reka bentuk campuran konkrit dalam menghasilkan bata konkrit berongga yang inovatif, lestari, dan berorientasikan pengguna selaras dengan piawaian industri. Langkah ini bukan sahaja mengasah pemikiran kejuruteraan kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Nor Mayuze norma7544@uitm.edu.my Sharipudin, Siti Shahidah shahidahs@uitm.edu.my Lee, Siong Wee leesiongwee@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technical education. Technical schools T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Materials of engineering and construction > Cement, lime, mortar, etc. T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Materials of engineering and construction > Concrete |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 575-576 |
| Keywords: | Inovasi bata konkrit, Pembelajaran berasaskan projek, PBL, Kejuruteraan awam, Material and Structural Laboratory, Bata konkrit berongga, Pembangunan mampan, SDG 9 |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148024 |
148024.pdf
