Solat di bumi matahari terbit: Pengalaman Gang VTK di Tokyo

Hasbullah, Mohd Amran and Shukor, Muhamad Fuad and Jusoh, Siti Norafida (2025) Solat di bumi matahari terbit: Pengalaman Gang VTK di Tokyo. e-DINAMIK. pp. 573-574. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pengalaman enam orang ahli Kumpulan Penyelidikan Verifikasi Teknologi Kejuruteraan (Gang VTK) semasa menjalankan misi serta pengembaraan ke Tokyo, Jepun, dengan memberi penekanan kepada keutamaan pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan musafir. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (HA) pada jam 12.11 pagi, ahli kumpulan memanfaatkan kemudahan surau yang selesa di Aras 3, Terminal 3 untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak yang tertangguh, di samping menyaksikan persekitaran Jepun yang bertoleransi dan menghormati kepelbagaian agama. Selain itu, artikel ini turut mengetengahkan keberadaan sekurang-kurangnya lima buah masjid aktif di Tokyo seperti Masjid As-Salaam Ueno, Masjid Tokyo Camii, Masjid Asakusa, Masjid Otsuka, dan Masjid Hiroo yang membolehkan umat Islam memenuhi tuntutan solat lima waktu dan solat Jumaat dengan sempurna biarpun berada di bumi asing.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148022.pdf]
Text
148022.pdf
Download (633kB)
Indexing & Metrics