Pelajar UiTM Kedah teroka rekabentuk perabot komersial di IKEA Batu Kawan

Ali, Norarifah and Ab. Hamid, Abu Hanifa and Ahmad Zamri, Ahmad Fazlan and Mohd Nasir, Mohd Rozman and Rakhim, Dinah (2025) Pelajar UiTM Kedah teroka rekabentuk perabot komersial di IKEA Batu Kawan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

10 April 2025 – Seramai 68 pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah telah menyertai lawatan akademik ke IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang dalam program bertajuk ‘Kajian Industri: Rekabentuk Perabot Komersial’. Lawatan ini turut disertai oleh lapan orang pensyarah pengiring sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kursus IDD170, IDD280 dan IDT317 bagi pelajar semester 2, 4 dan 5. Rombongan bertolak seawal jam 8.00 pagi dari kampus dan tiba di IKEA Batu Kawan sekitar jam 9.45 pagi. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan langsung kepada pelajar berkaitan rekabentuk perabot komersial, trend industri, serta pendekatan lestari yang diterapkan dalam sistem peruncitan dan pengeluaran produk IKEA. Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan pembahagian tugasan kepada pelajar. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi meninjau dan mendokumentasi elemen-elemen penting dalam rekabentuk seperti konsep ruang pameran, aplikasi rekabentuk modular, pemilihan material mesra alam, dan strategi interaksi pengguna. Antara fokus utama adalah mengenal pasti bagaimana prinsip rekabentuk diaplikasikan secara praktikal dalam konteks perabot komersial. Satu sesi soal jawab dan ulasan turut diadakan bersama pensyarah moderator serta wakil IKEA, Encik Ismail Ibrahim, yang juga merupakan alumni program Seni Reka Perindustrian UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini memberikan ruang kepada pelajar untuk mengemukakan pertanyaan dan menerima panduan analitikal berkaitan dapatan mereka. Program disusuli dengan makan tengah hari sebelum rombongan bertolak pulang ke kampus pada jam 1.00 tengah hari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147843..pdf]
Text
147843..pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics