Kajian ini merupakan kajian konseptual dan dokumentari yang meneliti potensi program radio dakwah iaitu khususnya segmen Geng Sirah Best Pagi di Radio Best FM dalam menyampaikan nilai-nilai akhlak berasaskan sirah Nabawiyah kepada pelajar sebagai satu medium pembentukan sahsiah pelajar. Kajian konseptual ini menggunakan analisis dokumentari dan sorotan literatur sistematik bagi menghuraikan bagaimana teknik penceritaan naratif (storytelling) berpotensi menyampaikan nilai akhlak Rasulullah SAW secara santai, kontekstual dan mudah dihayati. Analisis menggunakan kerangka Dakwah bil-Hikmah sebagai alat analisis utama untuk menilai tiga elemen teras: pemilihan medium, strategi penyampaian naratif, dan potensi internalisasi nilai sahsiah. Dapatan konseptual menunjukkan bahawa pendekatan ini berpotensi menyampaikan nilai-nilai murni seperti kesabaran, amanah, kepimpinan dan kasih sayang dalam format yang relevan dengan realiti kehidupan pelajar masa kini. Kajian turut menyerlahkan peranan medium radio sebagai saluran dakwah tidak formal yang masih signifikan. Namun, kajian empirikal lanjutan diperlukan untuk mengesahkan potensi yang dikemukakan ini. Secara menyeluruh, kajian konseptual ini menyumbang kepada wacana dakwah media massa dengan mencadangkan model penyampaian naratif yang santai dan inklusif sebagai alternatif kepada pendekatan dakwah formal sedia ada.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Borham, Mohd Rafie UNSPECIFIED Mohd Don, Mohd Ali UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam L Education > LC Special aspects of education > Islamic education P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > Radio broadcasting |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Insight Journal (IJ) |
| ISSN: | 2600-8564 |
| Volume: | 13 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 109-123 |
| Keywords: | Dakwah Santai, Sirah Nabawiyah, Analisis Konseptual, Dakwah bil-Hikmah, Radio Dakwah |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147767 |
147767.pdf
