Projek “Digital Virtual Inspiration: Augmented Reality (AR) of the Legendary Sultan Muhammad Al- Fateh” ini dihasilkan berdasarkan buku pembelajaran sekolah menengah dan di bentuk menjadi buku digital Pop-Up serta di inovasikan didalam bentuk augmented realiti yang lebih dekat dengan pendekatan industri 4.0 dimana pembelajaran secara digital sangat diperlukan. Lukisan permandangan serta karakter telah diillustrasikan oleh Siti Nabilah dan diterjemahkan ke dalam pengaturcaraan Adobe Animate oleh Siti Nabilah dan Cik Syahrini. Isi kandungan bagi penyusunan informasi di kawal selia oleh Dr. Neesa Ameera. Setiap bab di olah kepada tiga bab iaitu bab satu lebih kepada kelahiran sehingga dewasa karakter Al-Fateh. Manakala bab dua lebih fokus kepada pembelajaran Al- Fateh mengenai strategi perang. Bab terakhir iaitu bab tiga menengahkan bagaimana Al- Fateh menjadi penakluk Kota Konstantinopel. Disebabkan kejayaan baginda menawan kota itu, baginda diberikan gelaran Muhammad al-Fateh yang beerti “Pembuka yang besar”. Pengunaan augmented realiti di dalam buku tersebut, memberikan pengguna untuk pengalaman animasi berasakan sejarah hidup Al- Fateh. Di The 2019 Inventor’d Hall of Fame, International Competition of Idea’s, Invention and Innovations, projek ini telah meraih kemenangan pingat emas serta Special Award dari pihak Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) bagi kategori rekabentuk. Dengan kemenangan ini, ianya telah menaikkan nama Jabatan Grafik dan Media Digital serta Fakulti Seni Lukis Seni Reka.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shawalludin, Syahrini syahrini@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Mohamed Salim, Neesa Ameera neesa@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | AR Pop-Up Book, FSSR Jabatan Grafik dan Media Digital UiTM Kedah, Special award, Majlis Rekabentuk Malaysia MRM |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147525 |
147525.pdf
