Pada 2 penggal semester yang lalu, telah berlangsung Pameran Seni & Budaya anjuran Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Kedah. Antara pengisian aktiviti di dalam pameran ini adalah melibatkan kunjungan dan lawatan dari pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun, Kedah. Kunjungan dan sesi lawatan sambil belajar ini telah diadakan pada hari Isnin, 11 Mac 2019 melibatkan seramai 38 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Objektif sesi lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan jangka masa pendek selama 3 jam kepada pelajar SMK Gurun untuk asas lukisan pembinaan 3 dimensi. Pelajarpelajar diajar cara-cara membina asas produk iaitu permainan lego yang menggunakan perisian AutoCAD. Penglibatan pelajar-pelajar amatlah memberangsangkan dan pelajar amat bersemangat dalam proses pembinaan 3D yang dikendalikan oleh Puan Norarifah Ali dan turut dibantu oleh En Ahmad Fazlan Ahmad Zamri dan Mohd Hamidi Adha Mohd Amin yang merupakan tenaga pengajar di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Kedah. Menurut salah seorang guru pengiring SMK Gurun, program ini boleh dilanjutkan untuk peringkat yang lebih mencabar dan memperuntukan masa yang lebih lama untuk pelajar lebih memahami dan mengusai lukisan pembinaan 3 dimensi ini.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Norarifah norarifah@uitm.edu.my Ahmad Zamri, Ahmad Fazlan fazlan7538@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Mohamed Salim, Neesa Ameera neesa@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Mechanical drawing. Engineering graphics T Technology > T Technology (General) > Technical education. Technical schools |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | AutoCAD, Lukisan Pembinaan 3D, Pemodelan 3D, Pemindahan Ilmu, Latihan Jangka Pendek, UiTM Cawangan Kedah, SMK Gurun. |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147471 |
147471.pdf
