Satu kajian mengenai pengaruh adat perpatih ke atas upacara perkahwinan di Negeri Sembilan skop kajian: Daerah Rembau, Negeri Sembilan / Salwa Hamzah

Hamzah, Salwa (2002) Satu kajian mengenai pengaruh adat perpatih ke atas upacara perkahwinan di Negeri Sembilan skop kajian: Daerah Rembau, Negeri Sembilan / Salwa Hamzah. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tujuan penyelidikan ini dibuat ialah untuk mengkaji pengaruh adat perpatih ke atas upacara perkahwinan di Negeri Sembilan. Ianya juga bertujuan untuk mendokumentasikan kajian supaya dapat dipelihara dan dijadikan rujukan oleh generasi akan datang. Signifikan penyelidikan ini adalah untuk diri pengkaji dalam menambah ilmu pengetahuan khususnya dan juga untuk rujukan pelajar-pelajar IPT, para pengkaji dan peminat seni budaya serta dapat memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat amnya mengenai pengaruh adat perpatih ke atas upacara perkahwinan yang berlangsung di Negeri Sembilan. Metedologi penyelidikan adalah melalui sesi temubual dengan penduduk-penduduk kampung yang berkaitan, individu yang mahir mengenai adat seperti undang dan buapak, para pengkaji adat, melalui mak andam yang biasa terlibat dengan upacara perkahwinan yang mengikut adat dan juga melalui rujukan hahan-bahan ilmiah yang ada kaitannya dengan upacara perkahwinan. Rumusan dari penyelidikan ialah kajian ini dibuat untuk memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat mengenai pengaruh adat perpatih ke atas upacara perkahwinan terhadap masyarakat yang mengamalkannya. Kajian ini juga untuk memelihara dan juga untuk dijadikan hahan rujukan kepada generasi-generasi akan datang yang berminat untuk mengetahui adat perpatih yang kita tahu ianya berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia ini. Selain itu juga ianya dapat dijadikan sebagai salah satu bahan ilmiah untuk tatapan umum, para pembaca dan peminat-peminat seni budaya amnya.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamzah, Salwa
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > General special > Malaysia
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Adat Perpatih; Upacara perkahwinan; Daerah Rembau
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14723
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_SALWA HAMZAH AD 02_5.pdf] Text
TD_SALWA HAMZAH AD 02_5.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14723

Indexing

Statistic

Statistic details