Site layout dalam projek pembinaan merujuk kepada pelan susun atur tapak yang menunjukkan bagaimana elemen-elemen utama projek akan ditempatkan dan diatur di atas tapak pembinaan. Ia adalah dokumen penting yang digunakan untuk merancang dan mengurus ruang secara terperinci sebelum kerja-kerja fizikal bermula. Pada 11 Julai 2025, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), telah mengadakan Live Webinar bertajuk The Importance of Proper Site Layout in Construction Sites khusus bagi pelajar semester 4 yang mengambil kursus ECM367 – Project and Construction Management. Dalam Webinar ini, pelajar telah didedahkan tentang elemen-elemen utama dalam merancang site layout iaitu kedudukan bangunan utama dan struktur sokongan, akses jalan keluar masuk untuk kenderaan dan pejalan kaki, ruang terbuka dan kawasan hijau, lokasi peralatan dan bahan binaan, kemudahan tapak seperti tandas, stor, dan pejabat tapak, sistem saliran dan pengurusan air hujan, dan sambungan utiliti seperti elektrik dan air.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jumali, Saiful aifol9649@uitm.edu.my Yasin, Mohd Hanafie UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Industrial directories > Industrial safety. Industrial accident prevention T Technology > TH Building construction > Construction by phase of the work (Building trades) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 550-551 |
| Keywords: | Site layout, Pengurusan pembinaan, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Johor, ECM367, Keselamatan Tapak |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147103 |
147103.pdf
