Civil family day 2025

Jumali, Saiful and Mohamed Ibrahim, Mohd Johan (2025) Civil family day 2025. e-DINAMIK. pp. 542-543. ISSN 2682-7832
Abstract

Civil Engineering Club (CIVEC) telah berjaya menganjurkan program tahunan yang dinanti-nantikan, iaitu Civil Family Day 2025, yang berlangsung pada 5 Julai 2025 bertempat di Padang UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Program ini telah bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang, melibatkan penyertaan daripada semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA). Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar serta membina semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan kesejahteraan fizikal serta mental dalam suasana santai dan menyeronokkan. Antara objektif utama program ini termasuk mengeratkan hubungan antara pelajar melalui aktiviti santai dan kompetitif, meningkatkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga FKA, serta memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara aktif di luar bilik kuliah. Selain itu, program ini turut menyediakan ruang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama melalui penglibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146999.pdf]
Text
146999.pdf
Download (652kB)
Indexing & Metrics