Abstract
Penderia pH gentian optik berasaskan reagen terpegun dan pengoptimuman rangsangannya menggunakan rangkaian neural tiruan (artificial neural network, ANN) telah dibangunkan dalam kajian ini. Penunjuk pH iaitu bromotimol biru (BTB) telah dipilih sebagai reagen. Reagen ini telah dipegunkan di atas kopolimer Amberlite XAD 7 dengan kaedahjerapan. Teknik spektroskopi pantulan digunakan untuk pencirian reagen yang terpegun di atas Amberlite XAD 7. Penggunaan ANN dalam pengoptimuman rangsangan penderia pH gentian optik berasaskan reagen yang dipegunkan di atas Amberlite XAD 7 ini telah berjaya melebarkanjulat rangsangan linear penderia darijulat yang terhad (pH 6.00-8.00 bagi BTB) kepada julat yang lebih baik iaitu pH 2.00-11.50. Pengoptimuman rangsangan penunjuk pH ini tidak dapat
dilakukan untuk keseluruhan julatpH 1.00-14.00 kerana masalah pelunturan kimia terhadap reagen yang dipegunkan. Ralat purata bagi penentuan pH bagi larutan yang tidak diketahui adalah 0.03 unit pH untuk BTB terpegun pada Amberlite XAD 7.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Suah, Faiz Bukhari UNSPECIFIED Ahmad, Musa UNSPECIFIED Md Jani, Abdul Mutalib UNSPECIFIED Taib, Mohd Nasir dr.nasir@ieee.org |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Periodicals, societies, congresses, serial publications |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Unit of Research, Development and Commercialization (URDC) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2231-7716 |
Volume: | 3 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 51-67 |
Keywords: | Gentian optik pintar; Reagen terpegun; Rangkaian neural tiruan (ANN) |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14685 |
Download
AJ_FAIZ BUKHARI MOHD SUAH JI 05.pdf
Download (34MB)