Abstract
Persepsi guru tentang keberkesanan penggunaan teknologi computer dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui sejauh manakah kekerapan penggunaan teknologi komputer untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam bilik darjah dan persepsi guru tentang keberkesanannya untuk tujuan tersebut. Kerajaan Malaysia telah melabor berjuta- juta Ringgit terhadap project raksasa ini dengan tujuan meningkatkan penggunaan teknologi komputer di sekolah kerana menyedari hakikat betapa pentingnya usaha tersebut demi meransang keberkesanan pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah disamping pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Adalah diharapkan agar hasil yang diperoleh dan cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini dapat membantu para guru menyedari tentang betapa pentingnya teknologi komputer dan peranan mereka untuk menjayakannya. Namun,hasrat ini hanya akan tercapai jika para guru yang merupakan pemangkin, mempunyai sikap dan persepsi yang betul tentang keberkesanan penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran Bahasa Inggeris.
Seramai 80 orang guru Bahasa Inggeris di peringkat Sekolah Menengah dan Rendah dan juga dari sekolah Bandar dan luar Bandar telah terpilih untuk mengambil bahagian sebagai responden dalam kajian ini. Soalan soal selidik. yang merupakan instrumen utama dalam kajian ini terdiri daripada tiga bahagian yang bertujuan mengkaji Iatar belakang responden, sejauh mana kekerapan penggunaan teknologi komputer dan persepsi para guru terhadap keberkesanannya. Data yang diperoleh daripada soalan kaji selidik tersebut di analisa dengan menggunakan program SPSS versi 2.0. Hasil yang diperoleh daripada analisis tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan responden menganggap penggunna teknologi komputer itu penting dan berkesan. Walaubagaimanapun, tahap kekerapan penggunaannya dikalangan mereka agak rendah. Pelbagai masalah dan kekurangan telahpun ditimbulkan dalam kajian
tersebut dan beberapa cadangan penyelesaian masalah tersebut juga dibentangkan. Tujuan keseluruhannya adalah untuk meransang keberkesanan pengunaan teknologi
komputer dalam pengajaran Bahasa Inggeris.
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Chin Chong, Lis UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Education |
Keywords: | Teachers' perception; Computer technology; ELT classroom |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14667 |
Download
TM_LIS ANAK CHIN CHONG ED 08_5.pdf
Download (259kB)