Kit latihan menghias kek yang dinamakan Q&E (quick and easy) Cake Decorating dihasilkan bagi membolehkan pelajar membuat latihan menghias kek menggunakan buttercream mahupun royal icing. Tercetusnya idea penghasilan kit ini adalah kerana terdapat kekangan bagi pelajar untuk berlatih menghias kek semasa di rumah semasa dunia dilanda wabak Covid-19. Teknik-teknik dekorasi yang pelbagai tidak dapat dikuasai oleh pelajar sepenuhnya apabila kerja-kerja amali hanya tertumpu ketika di bengkel sahaja. Q&E Cake Decorating Kit dilengkapi dengan ruang meletak template (pelbagai) yang boleh diubah, peralatan mengadun dan menghias yang lengkap serta didatangkan bersama resipi bagi memudahkan pelajar menghias. Khususnya, ia mampu membantu pelajar Program Bakeri dan Pastri dalam memantapkan teknik menghias kek mereka. Pelajar menunjukkan peningkatan kualiti dari segi hasil kerja kek yang mereka hias. Kenyataan ini dapat dikaitkan apabila pelajar dapat mengulangi proses sesuatu hiasan itu sehingga mencapai tahap kriteria yang diinginkan. Kemahiran dan teknik yang telah diperolehi, digilap melalui latihan berulang kali semasa waktu senggang pelajar. Oleh kerana produk seumpamanya belum ditemui di pasaran, ini menjadikan nilai komersil kit ini sangat tinggi. Ia ringan dan sesuai dibawa ke mana sahaja. Pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa dan amat sesuai digunakan jika perlu melakukan PdPr.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Siti Hajar hbp.kvsp2@gmail.com Ahmad, Mazlifah UNSPECIFIED Kamaruddin, Mariam Jamilah UNSPECIFIED Adenan, Noor Hanisah UNSPECIFIED Idros, Muhamad Amirul Aiman UNSPECIFIED Shahidan, 'Alia Khadijah UNSPECIFIED Mahd Zahari, Siti Nadzirah UNSPECIFIED Farizan, Nur Faiqah Dayana UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices T Technology > TX Home economics > Cooking > Baking. Confectionery |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 7 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 30-35 |
| Keywords: | Cake decorating, Educational kits, Home economics |
| Date: | 1 August 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146625 |
146625.pdf
