Penghasilan kek berhias merupakan eleman yang memerlukan kemahiran yang sangat teliti dan halus untuk menghasilkannya. Penggunaan peralatan yang betul dan lengkap sangat membantu dalam penyediaan kek tersebut. Alatan menghias yang pelbagai banyak terjual dan boleh didapati dari pelbagai pelantar namun, kebanyakan peralatan dijual secara berasingan dan ini menyebabkan individu yang memerlukan peralatan yang lengkap terpaksa membeli alat yang banyak sekaligus menyukarkan proses penyimpanan. Inovasi Cake Kit H2M2 dihasilkan bagi membantu menyelesaikan masalah pemilihan alat yang tepat bagi proses menghias kek serta memudahkan penyimpanan peralatan tersebut. Kit seumpama ini adalah yang pertama di pasaran. Ini kerana kit yang sedia ada hanyalah tertumpu kepada peralatan serbaguna bagi kelengkapan alatan pertukangan. Cake Kit H2M2 mempunyai ciri rekaan khas iaitu ianya ringan, mudah dikendalikan serta dibuat menggunakan kain jenis kalis air dan tahan lama. Cake Kit H2M2 boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak samada home bakers, kedai bakeri, jabatan pastri di hotel mahupun pelajar Program Bakeri dan Pastri.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Siti Hajar hbp.kvsp2@gmail.com Ahmad, Mazlifah UNSPECIFIED Kamaruddin, Mariam Jamilah UNSPECIFIED Adenan, Noor Hanisah UNSPECIFIED Jamil, Afriena Aeisyah UNSPECIFIED Mohd Azizi, Nurin Damia Qistina UNSPECIFIED Iskandar Hasri, Razreen Irdani UNSPECIFIED Muhamad Zuljalal, Nur Afifah Adilla UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TS Manufactures > Textile industries > Textile design T Technology > TX Home economics > Cooking > Baking. Confectionery > Cakes. Cupcakes |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 7 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 26-29 |
| Keywords: | Cake decorating, Pastry, Textile products |
| Date: | 1 August 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146624 |
146624.pdf
