Pembangunan dan penilaian aplikasi webwisenote sebagai sumber rujukan berpusat

Maaman, Irma and Mustafa, Noorashikin and Tawyer, Haslina (2025) Pembangunan dan penilaian aplikasi webwisenote sebagai sumber rujukan berpusat. In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 168-171. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan telah membawa perubahan yang signifikan dalam cara pelajar mencapai, memproses dan berinteraksi dengan maklumat. Aplikasi mudah alih dan platform pembelajaran dalam talian telah menjadi alat utama dalam menyediakan capaian kepada bahan pembelajaran yang interaktif dan fleksibel. Bagi menyokong keperluan ini, aplikasi WebWiseNote telah dibangunkan sebagai satu platform berpusat yang menghimpunkan pelbagai sumber rujukan digital yang lebih tersusun. Aplikasi ini dibangunkan bagi menyediakan capaian yang lebih cepat dan fleksibel kepada pelbagai nota, latihan, video pembelajaran, dan sumber rujukan yang sesuai dengan kurikulum pelajar. Sasaran utama aplikasi ini khusus untuk pelajar Semester 2 Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Pasir Gudang, aplikasi ini bertujuan membantu pembelajaran kursus STM20233 Web Development. Selain daripada itu, seramai 43 pelajar daripada Semester 2 sesi I:2023/2024 dan sesi II:2023/2024 telah terlibat bagi mengenalpasti kebolehgunaan aplikasi WebWiseNote, kesesuaian reka bentuk isi kandungan, dan reka bentuk pembelajaran WebWiseNote. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama dan data telah dianalisis menggunakan SPSS Versi 27. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aplikasi WebWiseNote memiliki tahap kebolehgunaan yang tinggi dengan purata skor min 4.50, manakala reka bentuk kandungan juga dinilai positif dengan purata skor min 4.38. Secara keseluruhannya, aplikasi WebWiseNote berpotensi menjadi alat pembelajaran yang berkesan dan relevan bagi pelajar dan pensyarah, serta dapat dimanfaatkan sebagai sumber rujukan yang fleksibel dan dinamik dalam pembelajaran kursus STM20233 Web Development.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146495.pdf]
Text
146495.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics