Theory-based learning dalam pendidikan era 4.0: penghasilan produk inovasi melalui kursus teori seni dengan bantuan platfom kreatif AI sebagai kaedah pembelajaran masakini

Badaruddin, Mohammed Iqbal and Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim and Abdullah, Farid and Mohd Razali, Hartini and Omar, Mazni (2025) Theory-based learning dalam pendidikan era 4.0: penghasilan produk inovasi melalui kursus teori seni dengan bantuan platfom kreatif AI sebagai kaedah pembelajaran masakini. In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 142-147. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Pendidikan teori seni dalam kalangan pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Kelantan bagi kursus pengajian budaya visual (visual culture studies) (VCS) seperti teori seni dan sejarah seni seni kurang diminati. Hal ini disebabkan kaedah pengendalian kursus tersebut yang hanya dipelajari secara teori, berbanding kursus studio seni yang dijalankan secara praktikal dengan menekankan kemahiran khusus. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar KPSK terhadap penggunaan platfom kreatif Ai sebagai kaedah dalam pembelajaran yang mampu menghasilkan produk inovasi, khususnya melalui kursus teori seni. Di samping itu, kajian secara tidak langsung berhasrat mengetengahkan kepentingan mempelajari dan memahami teori-teori seni melalui penulisan promptselaras dengan keperluan industri terutamanya selepas tamat pengajian. Hasil kajian menunjukkan konsep pembelajaran yang dihasilkan telah menggalakkan para pelajar KPSK menterjemahkan teori seni melalui penulisan prompt yang dinyatakan, kepada penghasilan sesebuah rekaan seni dalam jangka masa yang singkat sebelum diterjemahkan dalam pelbagai bentuk merchandise sebagai projek inovasi mereka. Konsep pembelajaran ini memberi pendedahan dan menggalakkan pelajar KPSK memahami proses kajian melalui rujukan beberapa teori seni dan diolah dengan penggunaan kreatif Ai (generator) agar dapat menghasilkan sesebuah rekaan dengan baik dan berdaya saing dengan trend seni kontemporari (industri seni) di dalam dan luar negara. Kajian ini mencadangkan konsep theory-based learning dengan menerokai platfom kreatif Ai sebagai proses menghasilkan rekaan yang baik pada sesebuah produk inovasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146460.pdf]
Text
146460.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics