Kit pusaka pintar: alat navigasi interaktif bagi pentadbiran harta pusaka

Shapiee, Norrlaili and Ismon, Nur Yuhanis and Mohd Zulkarnain, Saiful Islam Nor and Ramlee, Mohd Noor Afiq and Mohd Mokhtar, Maizatul Farisah (2026) Kit pusaka pintar: alat navigasi interaktif bagi pentadbiran harta pusaka. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 380-384.
Abstract

Pentadbiran harta pusaka di Malaysia merupakan proses penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi waris dan pengagihan harta yang teratur. Namun demikian, kekeliruan terhadap prosedur perundangan serta kepelbagaian agensi yang terlibat sering menyebabkan berlakunya isu harta beku dan pertikaian keluarga. Inovasi ini bertujuan membangunkan Kit Pusaka Pintar sebagai alat navigasi interaktif untuk mempermudah pemahaman masyarakat terhadap birokrasi pengurusan pusaka. Pembangunan kit ini menggunakan pendekatan sistemik dan teori pembelajaran visual dengan menukarkan proses pengurusan pusaka yang kompleks kepada carta alir interaktif yang tersusun dan mudah difahami. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan alat navigasi visual ini membantu waris mengenal pasti saluran pentadbiran yang tepat seperti Amanah Raya, Mahkamah atau Unit Pusaka Kecil berdasarkan jenis dan nilai harta dengan lebih efisien. Kesimpulannya, Kit Pusaka Pintar berupaya meningkatkan literasi undang-undang masyarakat dalam pengurusan pusaka serta mempunyai potensi pengkomersialan sebagai modul pendidikan digital dan aplikasi perancangan harta. Inovasi ini turut menyokong pengurusan harta pusaka yang lebih telus, sistematik dan adil selaras dengan matlamat pembangunan mampan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146355.pdf]
Text
146355.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics