Kemiskinan dan jurang sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar merupakan cabaran utama dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 1: Tiada Kemiskinan). Namun, tahap kesedaran masyarakat terhadap kompleksiti isu ini masih rendah kerana kekurangan pendekatan pembelajaran yang bersifat pengalaman langsung. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan Povera+, iaitu permainan kad interaktif yang mensimulasikan realiti kemiskinan melalui perspektif sosioekonomi yang berbeza. Metodologi kajian adalah berasaskan reka bentuk inovasi pendidikan, di mana elemen permainan seperti Kad Peranan, Kad Sumber, Kad Strategi, Kad Cabaran dan Kad Peristiwa dibangunkan untuk mencerminkan faktor sebenar yang mempengaruhi kemiskinan. Pemain perlu mengurus sumber seperti makanan, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan pekerjaan secara strategik bagi mengurangkan Skor Kemiskinan. Dapatan menunjukkan bahawa reka bentuk permainan ini berpotensi meningkatkan pemahaman tentang ketidaksamaan struktur serta menggalakkan pemikiran kritis, empati dan kemahiran membuat keputusan dalam situasi tekanan. Selain itu, elemen kepimpinan turut diterapkan melalui pengurusan sumber, kerjasama dan adaptasi terhadap cabaran tidak dijangka. Kesimpulannya, Povera+ berfungsi sebagai medium pembelajaran inovatif yang berimpak tinggi dalam meningkatkan kesedaran sosioekonomi. Dari segi pengkomersialan, permainan ini berpotensi dikembangkan sebagai alat pendidikan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan organisasi berkaitan pembangunan komuniti serta SDG.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Lee, Yun Qian UNSPECIFIED H’ng, Yen Ling UNSPECIFIED Lee, Jia Xuan UNSPECIFIED Lee, Swan Huey UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Information technology. Information economy. Knowledge economy. Digital divide L Education > LB Theory and practice of education > Child study > Play, games, etc. |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 339-342 |
| Keywords: | Povera+, Kemiskinan, SDG 1, Permainan pendidikan, Jurang bandar dan luar bandar |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146270 |
146270.pdf
