Pembangunan produk inovasi makanan Superich bar

Shafie @ Mohd Alias, Nur Nafisa and Abu Hassan, Nurain and Shamsuni, Nur Hafizah (2023) Pembangunan produk inovasi makanan Superich bar. APS Proceedings, 6 (1): 32. pp. 198-201. ISSN 003428568-X
Abstract

Superich bar merupakan pembangunan produk inovasi makanan yang berasaskan daripada kulit oren, kurma dan rolled oat dalam bentuk bar makanan. Dalam laporan yang dikeluarkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal tahun 2022, daripada 17,000 tan sisa makanan setiap hari, 76.0% sisa tersebut merupakan sisa yang tidak dapat dielakkan termasuklah kulit buah (by products). Oleh itu, kulit oren telah digunakan dalam kajian ini sebagai bahan utama. Bar makanan ini berbeza dengan yang ada dalam pasaran kerana diformulasikan tanpa tepung gandum dan tanpa telur. Produk makanan yang mengandungi gluten dan telur boleh menimbulkan penyakit seliak dan alergik yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Superich bar ini juga tidak mengandungi gula dan juga garam. Terdapat dua (2) objektif bagi kajian ini iaitu yang pertama membangunkan produk bar makanan berasaskan kulit oren yang diformulasikan tanpa gluten (gluten free), tidak mengandungi gula dan garam serta tanpa telur (eggless) dengan menjalankan penilaian sensori bagi mengetahui penerimaan pengguna terhadap produk yang dihasilkan. Manakala objektif kedua adalah untuk menjalankan kajian pasaran terhadap produk inovasi makanan Superich bar. Terdapat dua formulasi yang dibangunkan iaitu F1 dan F2. Penentuan formulasi yang terbaik telah dilakukan berdasarkan keputusan penilaian sensori yang menggunakan kaedah ujian hedonik berdasarkan skala likert yang dijalankan ke atas panel tidak terlatih seramai 37 orang responden. Nilai atribut yang dianalisis adalah daripada aspek warna, aroma, tekstur, rasa dan penerimaan keseluruhan. Hasil dapatan menunjukan formulasi F1 diterima oleh responden. Manakala, hasil keputusan kajian pasaran yang dilakukan terhadap 67 orang responden mendapati, 92.5 % responden adalah bersetuju bahawa superich bar yang dihasilkan tanpa gula, garam, telur dan tepung gandum adalah berkhasiat. Kajian ini menunjukkan kombinasi kulit oren, kurma dan rolled oat mempunyai potensi penerimaan untuk diproses dalam produk bar kerana dapat memberikan kandungan nutrisi yang tinggi dan berkhasiat. Ini dapat membekalkan tenaga segera yang diperlukan oleh badan. Kulit oren merupakan sumber yang mudah diperolehi dan dapat menggelakkan pembaziran. Penggunaan kulit oren dapat menjana keuntungan ekonomi dan mengurangkan serta menyelesaikan masalah alam sekitar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146238.pdf]
Text
146238.pdf
Download (551kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics