iTa'awun: platform rasmi berpusat bagi meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kampus

Mohamad Azlan, Iman Haqimi and Mohd Faizal, Nurdamia Karmila and Azzizi, Faiz Muzzaffar and Md Nor, Nurur Raudzah (2026) iTa'awun: platform rasmi berpusat bagi meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kampus. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 317-327.
Abstract

Semangat setiakawan, empati dan budaya bantu-membantu sememangnya subur di Pusat Asasi UIAM. Namun, pelajar dari keluarga yang kurang bernasib baik serta penerima zakat memerlukan lebih daripada sekadar bantuan ihsan. Realiti kini terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan dari kalangan pelajar tetapi ketiadaan sistem berpusat menyebabkan maklumat tentang servis yang disediakan oleh pelajar berpecah dan tersebar dalam sembang kumpulan yang berasingan. Ketiadaan platform khas dan kerja yang tersusun menjadi cabaran kepada mereka untuk menjana pendapatan secara fleksibel sambil menjaga prestasi akademik. Ini memberi kesukaran bagi pihak pengurusan kampus untuk memantau keseimbangan prestasi akademik pelajar dan kerja sampingan mereka. Solusinya, iTa'awun yang merupakan platform digital sentral khusus untuk pelajar yang kurang berkemampuan, yang mana ia mengumpulkan permohonan pekerjaan dan senarai perkhidmatan yang disediakan seperti percetakan, pengambilan pesanan makanan dan penghantaran barang. iTa'awun berfungsi sebagai jambatan digital khusus untuk pelajar yang kurang berkemampuan yang memerlukan akses mencari tambahan kewangan, sambil membolehkan pihak pengurusan membuat pemantauan sistem dan prestasi akademik pelajar. Bagi memastikan integriti platform, iTa'awun mengintegrasikan pengesahan akaun pelajar dan sistem penarafan yang dirancang untuk mengukuhkan akauntabiliti. Kesimpulannya, iTa'awun memformalkan sokongan kepada pelajar untuk menyediakan akses yang andal dan berpusat kepada peluang pekerjaan, mengurangkan masa pencarian dan membina ekosistem yang selamat selari dengan SDG1 (Tiada Kemiskinan), SDG4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG8 (Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146170.pdf]
Text
146170.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics