Persepsi pelajar terhadap penggunaan e-book dalam menyelesaikan tugasan kajian kes

Abd Malek, Farah and Abu Bakar, Rohaida and Murni, Liyana (2022) Persepsi pelajar terhadap penggunaan e-book dalam menyelesaikan tugasan kajian kes. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 359-364. ISSN 9789672948339
Abstract

E-book merupakan singkatan kepada electronic book di mana ianya dipaparkan secara digital menggunakan peranti berteknologi seperti telefon pintar atau komputer. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan e-book yang bertajuk Case Study Report Writing Guide dalam membantu pelajar menyelesaikan tugasan kajian kes dalam kursus Matematik Kejuruteraan. Responden kajian melibatkan pelajar Politeknik Kuching Sarawak Sesi II 2021/2022 yang mendaftar kursus DBM30033 Engineering Mathematics 3 dan DBM30043 Electrical Engineering Mathematics. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian menggunakan Google Form kepada pelajar yang dipilih secara rawak iaitu seramai 44 orang. Borang soal selidik mengandungi 10 item menggunakan skala Likert dan mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A,B dan C. Bahagian A adalah persepsi pelajar terhadap penggunaan e-book sebagai rujukan utama dalam membuat kajian kes. Bahagian B adalah berkaitan reka bentuk dan kandungan e-book dan Bahagian C adalah tahap penerimaan pelajar apabila menggunakan e-book. Nilai skor min dan tahap skor min bagi item A,B dan C di dalam soal selidik diperolehi dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) dan memperoleh nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.944. Dapatan kajian menunjukkan nilai skor min keseluruhan pelajar bagi kesemua bahagian tersebut mempunyai nilai min yang tinggi sekaligus menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan e-book dalam menyelesaikan tugasan kajian kes. Pelajar berpandangan bahawa ebook dapat membantu pelajar menghasilkan laporan kajian kes dengan mudah. Secara keseluruhannya, e-book merupakan sumber rujukan yang amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran selain daripada kelebihannya yang mudah digunakan kerana boleh dicapai menggunakan telefon pintar atau komputer tanpa penggunaan kertas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146013.pdf]
Text
146013.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics