Dalam konteks masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk, pelaksanaan dakwah kepada non-Muslim menuntut metodologi sistematik, berhikmah, sesuai kontekstual masyarakat. Pelaksanaan dakwah NGO-i berhadapan ketidaksejajaran dalam metodologi dakwah. Ditambah lagi ketiadaan model dakwah khusus sasaran, menyukarkan pengukuran serta kesinambungan dakwah Islamiyyah jangka panjang. Terdapat keperluan membangunkan model dakwah berasaskan metodologi an-Nubuwwah menjadikan asas metodologi dakwah Rasulullah SAW serta Rasul Ulu al-‘Azm. Kajian bertujuan meneroka isu dan keperluan, mereka bentuk dan membangunkan model dakwah non-Muslim, mengesahkan kebolehgunaannya terhadap pihak NGO-i terpilih di Malaysia. Kajian menggunakan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research, DDR) melalui tiga fasa utama iaitu fasa I (Analisis Keperluan) fasa II (Reka Bentuk dan Pembangunan) dan fasa III (Kesahan dan Kebolehgunaan). Dapatan fasa I analisis dokumen dan pemerhatian mendapati 12 isu dan keperluan bagi membangunkan model dakwah. Fasa II melibatkan temu bual 10 pakar serta mendapatkan kesepakatan daripada 15 pakar menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) dengan tiga syarat kesepakatan pakar iaitu nilai threshold (d), peratus kesepakatan (≥75%), dan nilai skor fuzzy (A). Hasilnya, lima konstruk utama iaitu metodologi bil-ḥikmah, bil-ḥāl, bil mal, bil lisan dan bil qalam. Bagi fasa III, kajian menggunakan Modified Nominal Group Technique (Modified NGT) 14 pakar mewakili lima NGO-i terpilih MACMA, MRM, IPSI, UNITY, dan KDMRS Muslim. Penilaian fasa III mendapati metodologi dakwah bil-ḥikmah dan bil-ḥāl memperoleh skor kesesuaian tertinggi (98.0%), diikuti bil qalam (96.9%), bil mal dan bil lisan masing-masing 95.9%. Keseluruhannya, kajian menyumbang signifikan melalui penerapan DDR serta model dakwah non-Muslim berpotensi menjadi rujukan strategik NGO-i, ia sekali gus memperkukuh metodologi an-Nubuwwah dalam kalangan masyarakat multi-etnik di Malaysia.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Nor Syahida UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Suyurno, S. Salahudin UNSPECIFIED Thesis advisor Yahaya, Amiratul Munirah UNSPECIFIED Thesis advisor Mohd Jamil, Mohd Ridhuan UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community centers. Social centers |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Doctor of Contemporary Islamic Studies |
| Keywords: | Da‘wah, Non-Muslims, Islamic NGOs, NGO-i, Methodological model, Methodology of an-Nubuwwah, Design and Development Research, DDR, Fuzzy Delphi Method, FDM, Modified Nominal Group Technique, MNGT, Pluralistic society, Malaysia |
| Date: | July 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146012 |
146012_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only

