Penguatkuasaan undang-undang dalam menangani penyalahgunaan media sosial di Malaysia

Abd Aziz, Ahmad Shamsul and Mohd Noor, Nor Azlina (2022) Penguatkuasaan undang-undang dalam menangani penyalahgunaan media sosial di Malaysia. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 333-342. ISSN 9789672948339
Abstract

Media sosial terhasil daripada gabungan tiga elemen utama iaitu teknologi (Internet), perbualan, dan perkongsian maklumat. Ia digunakan bukan sahaja sebagai medium komunikasi dan sosial tetapi juga sebagai medium perkongsian maklumat. Walaupun ia telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, media sosial juga telah disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan maklumat yang tidak benar. Oleh itu, artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menganalisis peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada dalam menangani penyalahgunaan media sosial di Malaysia. Artikel ini dihasilkan menerusi suatu kajian kualitatif dalam bentuk kajian perpustakaan. Data diperoleh daripada analisa yang dibuat ke atas beberapa undang-undang yang terdapat di Malaysia dan jurnal-jurnal. Artikel ini merumuskan bahawa undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial adalah mencukupi. Tiada keperluan untuk menggubal akta khas yang melibatkan penyalahgunaan media sosial kerana tiada suatu undangundang khusus pun yang akan sesuai dengan semua keadaan. Namun begitu, peruntukanperuntukan sedia ada ini perlu dibuat penambahbaikan untuk memastikan ia kekal relevan sesuai dengan kemajuan teknologi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145974.pdf]
Text
145974.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics