Pengesanan graduan Kolej Komuniti Jelebu ketika pandemik COVID-19

Abu Taib, Noor Aziana and Zainol, Siti Rohaiza and Zainon, Zainatul Fakih (2022) Pengesanan graduan Kolej Komuniti Jelebu ketika pandemik COVID-19. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 313-316. ISSN 9789672948339
Abstract

Graduan Kolej Komuniti Jelebu telah menjalani sesi latihan industri ketika Malaysia dilanda wabak Covid-19. Graduan-graduan ini merupakan lulusan Kolej Komuniti Jelebu bagi tahun 2021. Oleh itu, objektif kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana pengesanan graduan Kolej Komuniti Jelebu yang bekerja, graduan yang melanjutkan pengajian atau meningkatkan kemahiran dan graduan yang belum bekerja ketika masih pandemik. Data kajian terdiri daripada 67 responden graduan yang terdiri dari pelbagai program di Kolej Komuniti Jelebu. Metadologi kajian pula menggunakan kaedah kuantitatif dan dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS-23). Hasil kajian menunjukkan bahawa objektif-objektif kajian telah dicapai iaitu Pengesanan graduan Kolej Komuniti Jelebu yang bekerja sebanyak 65.7%, Pengesanan graduan Kolej Komuniti Jelebu yang melanjutkan pengajian atau meningkatkan kemahiran sebanyak 25.4% dan terakhir, Pengesanan graduan Kolej Komuniti Jelebu yang belum bekerja sebanyak 9.0%. Impak kajian ini adalah untuk pihak pengurusan Unit Kolaborasi dan Keusahawanan, Kolej Komuniti Jelebu merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian kepada graduan yang belum bekerja ketika negara masih dilanda wabak pandemik ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145929.pdf]
Text
145929.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics