Kolaborasi nasional tanpa sempadan: menghapuskan silo, memacu impak

Sahib @ Sahibuddin, Shahrin (2026) Kolaborasi nasional tanpa sempadan: menghapuskan silo, memacu impak. In: Konvensyen Perkhidmatan Awam (KOPA) 2026, 9-10 September 2026, Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. (Unpublished)
Abstract

Ucapan ini mengetengahkan kepentingan kolaborasi nasional dalam merealisasikan reformasi perkhidmatan awam yang berintegriti dan berimpak kepada rakyat. Perbincangan memberi fokus kepada isu silo organisasi, data, kepakaran, pelaksanaan, KPI dan pemikiran yang boleh menyebabkan kelewatan serta kehilangan nilai dalam penyampaian perkhidmatan. Lima peralihan strategik dicadangkan, iaitu daripada organisasi kepada misi, MoU kepada outcome, data organisasi kepada shared intelligence, KPI kepada Key Impact Performance (KIP) dan shared accountability, serta pendekatan government-centric kepada citizen-centric. Ucapan turut menekankan peranan universiti sebagai National Solution Partner, kepentingan penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab serta pembinaan Trust Architecture melalui hubungan man-to-man, man-to-machine dan machine-to-machine. Keseluruhannya, kolaborasi yang berkesan perlu berorientasikan penyelesaian, nilai, impak dan akauntabiliti bersama demi membentuk satu ekosistem nasional yang lebih cekap, dipercayai dan berfokuskan rakyat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145840.pdf]
Text
145840.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics