Kajian berkaitan Pendidikan Islam di SJKC masih kurang dilaksanakan walaupun bilangan murid muslim semakin meningkat. Kajian ini bertujuan menilai tahap penguasaan Pendidikan Islam murid muslim di SJKC sebelum dan selepas pelaksanaan pengajaran secara modular, serta menganalisis perbezaan tahap penguasaan berdasarkan pelaksanaan pendekatan tersebut. Pendekatan dipilih berdasarkan Teori Konstruktivisme Vygotsky dengan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) dan scaffolding menyokong pembelajaran berpusatkan murid, serta Teori Pemikiran Ibn Khaldun melalui konsep tadarruj (pembelajaran berperingkat) dan malakah (pembentukan kemahiran) dalam Pendidikan Islam. Kajian tindakan ini melibatkan 22 murid muslim tahun satu di SJKC Kuang Hwa, Kuantan selama 20 minggu. Fasa 1 modular linear (8 minggu), tempoh penyesuaian (4 minggu), dan Fasa 2 modular bukan linear (8 minggu). Data dikumpul melalui pentaksiran lisan, pentaksiran bertulis dan pentaksiran amali, dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian Wilcoxon Signed Rank. Dapatan menunjukkan kedua-dua pendekatan berkesan dengan majoriti murid mencapai gred cemerlang. Pendekatan bukan linear lebih berkesan dalam pentaksiran bertulis (Z=-2.729, ρ=0.05), manakala pendekatan linear lebih berkesan dalam pentaksiran amali (Z=-2.174, ρ<0.05). Secara keseluruhan, tiada perbezaan signifikan antara kedua-dua pendekatan (Z=-1.885, ρ>0.05). Dapatan ini memberi implikasi penting kepada transformasi kurikulum Pendidikan Islam di sekolah vernakular bagi memenuhi keperluan murid minoriti muslim di SJKC.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mokhtar, Fathiah 2023299486 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Tumiran, Mohd Amzari UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Instructional systems > Cooperative education B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Instructional systems |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Master of Contemporary Islamic Studies |
| Keywords: | Pendekatan modular, Pendidikan Islam, SJKC, Pendekatan modular secara linear |
| Date: | June 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145777 |
145777_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only

