Mengintegrasikan sisa polistirena dan biomas sitrus sebagai solusi pelekat lestari

Harith Rosli, Muhammad Nadzmi and Md.Mazland, Muhammad Naqib Irfan and Mohamed Zukilan, Muhammad Zuhairi and Nurdin, Sharim Kamaluddin and Rashlimazizi, DarwisyDzulqarnain and Mohd Mustapha, Haslinawati (2026) Mengintegrasikan sisa polistirena dan biomas sitrus sebagai solusi pelekat lestari. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 94-98.
Abstract

Krisis pencemaran polistirena merupakan isu ekologi global yang kritikal disebabkan oleh sifatnya yang non-biodegradasi dan kos kitar semula mekanikal yang tinggi. Pada masa yang sama, lambakan sisa kulit limau daripada industri makanan menjana biomas yang kaya dengan sebatian limonena namun sering dibazirkan. Kajian ini memperkenalkan NEO Glue (Novel Eco-Friendly Organic), sebuah inovasi pelekat mampan yang dihasilkan melalui kitar semula fizikal polistirena menggunakan limonena sebagai pelarut hijau semulajadi. Objektif kajian adalah untuk menghasilkan formulasi pelekat bebas toksik yang selamat, kos rendah, dan menyokong agenda kelestarian melalui SDG 9 dan SDG 12. Metodologi kajian melibatkan pengumpulan sisa polistirena, ekstraksi limonena daripada kulit limau, dan proses pelarutan berdasarkan prinsip "like dissolves like" bagi mencapai kelikatan optimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa NEO Glue mempunyai daya lekatan yang kompetitif pada permukaan kayu dan kertas, aroma sitrus yang menyenangkan, dan bebas daripada sebatian organik meruap (VOC) berbahaya. Kesimpulannya, NEO Glue menawarkan solusi ekonomi kitaran yang praktikal dengan menukarkan sisa plastik dan biomas kepada produk komersial bernilai tinggi, sekaligus mempromosikan tanggungjawab terhadap alam sekitar selari dengan tuntutan Naqli dan Aqli.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145637.pdf]
Text
145637.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics