Kajian ini menilai potensi serbuk sisa buangan kaca sebagai bahan tambah agregat halus dalam campuran konkrit bagi menyokong amalan pembinaan mampan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Serbuk kaca yang dihasilkan daripada proses pengisaran ditambah ke dalam campuran konkrit pada kadar nol, lima belas, dan dua puluh lima peratus mengikut berat pasir. Penilaian dijalankan menerusi ujian kekuatan mampatan, ketahanlasakan permukaan, serta ujian kualiti dan integriti bahan konkrit pada tempoh kematangan tertentu. Hasil kajian menunjukkan bahawa penambahan serbuk sisa buangan kaca pada kadar lima belas dan dua puluh lima peratus berjaya meningkatkan ciri fizikal serta prestasi konkrit secara keseluruhan. Oleh itu, penggunaan serbuk sisa kaca berupaya menjadi rujukan penting kepada pelbagai pihak dalam menghasilkan bahan binaan alternatif yang mesra alam dan berprestasi tinggi.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. V.Krishnan, Dhiraj UNSPECIFIED Mustaza, Muhammad Ilman Hakim UNSPECIFIED Muhammad Aznor Atiyah, Azman UNSPECIFIED Abd Rasid, Nur Aliah Nadirah UNSPECIFIED Mohd Firdaous, Nur Alysa Husna UNSPECIFIED Abdul Kadir, SitiI Balqis UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Construction industry H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Manufacturing industries |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Page Range: | pp. 78-82 |
| Keywords: | Sisa buangan kaca, kekuatan mampatan, ketahanlasakan permukaan, penilaian kualiti dan integriti bahan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145595 |
145595.pdf
