Industri cendawan menghasilkan sisa substrat cendawan terpakai (SMS) dalam kuantiti yang besar dan berterusan. Dianggarkan bahawa bagi setiap 1 kg cendawan yang dihasilkan, sekitar 5 kg SMS terhasil, menjadikannya salah satu sumber utama sisa biojisim pertanian. Di Malaysia, pengeluaran cendawan mencapai 12,787 tan metrik pada tahun 2023, menunjukkan penjanaan SMS yang besar sepanjang tahun. Pelupusan SMS yang tidak teratur boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan pembebasan gas rumah hijau. Kajian ini memperkenalkan EcoBriq sebagai inovasi dalam pemanfaatan SMS kepada bahan api pepejal melalui proses penukaran menjadi bioarang dan briket. Objektif kajian adalah untuk menilai potensi SMS sebagai bahan api boleh diperbaharui dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti briket yang dihasilkan. Metodologi kajian melibatkan ulasan literatur dan analisis konsep bagi proses pirolisis dan pemadatan menggunakan bahan pengikat semula jadi. Dapatan menunjukkan bahawa bioarang daripada SMS memiliki nilai kalori yang lebih tinggi berbanding bahan mentah asal, manakala briket menunjukkan peningkatan dari segi ketumpatan tenaga, kestabilan pembakaran, dan kekuatan fizikal. Cabaran utama termasuk variasi komposisi bahan mentah dan kandungan lembapan. Kesimpulannya, EcoBriq berpotensi sebagai penyelesaian lestari dalam pengurusan sisa pertanian dan alternatif bahan api yang mesra alam, menyokong ekonomi kitaran dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Azham azham@upm.edu.my Abdul Azim, Ameera Aisya UNSPECIFIED Che Bakar, Lutfi Al-hakim UNSPECIFIED Nik Samri, Nik Maira Myhani UNSPECIFIED Abdul Rahman, Muhammad Afiq UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 61-66 |
| Keywords: | Sisa substrat cendawan, Bioarang, Briket, Biojisim, Tenaga boleh diperbaharui |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145585 |
145585.pdf
