Hydrospark: titis-titis, terus bertenaga!

Sri Ramulu, Kashvita and Muhammad Daniel Hafiz, Nur Qystina and Nor Shahbani, Nurul Sabihah and Marfikah, Dayang Nurul and Jayabalan, Yashnie and Mohd Tarmizi, Emma Ziezie (2026) Hydrospark: titis-titis, terus bertenaga! PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 56-61.
Abstract

Projek Hydrospark merupakan satu inovasi yang memanfaatkan titisan air sebagai sumber untuk menjana tenaga elektrik melalui prinsip elektrostatik. Apabila titisan air jatuh secara berterusan, perbezaan keupayaan terhasil dan cas elektrik terkumpul sehingga menghasilkan percikan kecil. Fenomena ini membuktikan bahawa tenaga mekanikal daripada pergerakan air boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik secara ringkas dan berkesan. Projek ini mengetengahkan potensi tenaga mikro daripada proses semula jadi yang sering tidak dimanfaatkan, di samping memperkenalkan pendekatan pembelajaran elektrostatik yang lebih praktikal dan kos efektif. Berbanding kaedah pembelajaran berasaskan teori semata-mata, Hydrospark menyediakan pengalaman hands-on yang mampu meningkatkan penglibatan serta minat pelajar dalam memahami konsep sains. Sehubungan itu, projek ini bertujuan membangunkan alat pembelajaran yang mudah, mampu milik, dan mesra pelajar untuk menjana elektrik. Selain meningkatkan kefahaman terhadap konsep elektrostatik dan penukaran tenaga, projek ini turut menggalakkan penerapan inovasi sains melalui pendekatan eksperimen yang interaktif. Hydrospark berpotensi menjadi medium pembelajaran STEM yang kreatif serta membuka ruang kepada penerokaan lanjut dalam bidang tenaga alternatif berskala kecil.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145564.pdf]
Text
145564.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics