Abstract
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi telah mengubah pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini. Tambahan pula, sejak Covid-19 melandai negara, kuliah bersemuka telah dibatalkan dan digantikan dengan PdP atas talian. Oleh itu, teknologi telah menjadi satu keperluan dalam proses PdP bagi memenuhi keperluan PdP semasa. Pelbagai platform seperti Google Classroom, Padlet, Openlearning, Coursera, dan sebagainya turut digunakan oleh para pendidik untuk berkongsi bahan-bahan PdP dengan pelajar. UiTM Future (UFuture) merupakan salah satu platform yang digunakan oleh para pensyarah dan pelajar UiTM dalam tempoh perlaksanaan Online Distance Learning (ODL). Pensyarah dan pelajar UiTM boleh menggunakan bahan-bahan PdP yang terdapat dalam UFuture secara percuma. Kursus TMC151- Foundation Mandarin (Level II) merupakan kursus bahasa ketiga yang ditawarkan di UiTM. Namun, menurut kajian lepas yang telah dijalankan, pencapaian pelajar dalam kursus tersebut kurang memuaskan. Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah keresahan dalam PdP Bahasa Mandarin kerana kekurangan bahan-bahan PdP yang boleh dijadikan rujukan. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk membangunkan MOOC bagi kursus TMC151-Foundation Mandarin (Level II) supaya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Pembangunan MOOC TMC151 adalah bersandarkan kepada silibus kursus TMC151 yang ditawarkan di UiTM. Model ADDIE telah digunakan sebagai reka bentuk instruksi dalam proses pembangunan MOOC TMC151. Kursus MOOC TMC151 boleh diguna oleh para pensyarah dan pelajar dalam proses PdP Bahasa Mandarin sewaktu perlaksanaan blended learning atau tempoh perlaksanaan ODL. Individu yang ingin mengikuti kursus Bahasa Mandarin atau agensi, isntitusi yang menawarkan kursus Bahasa Mandarin turut disarankan untuk menjadikan MOOC TMC151 sebagai sumber rujukan supaya melancarkan proses PdP bahasa Mandarin.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ting, Hie Ling tinghieling@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my Editor Lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022 |
| ISSN: | 9789672948339 |
| Page Range: | pp. 294-301 |
| Keywords: | Pembangunan MOOC, Model ADDIE, Massive Open Online Course (MOOC), TMC151- Foundation Mandarin (Level II) |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144311 |
