Abstract
Tujuan penyelidikan : Tesis ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh lklan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1997 kepada penunggang motosikal. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui samada iklan tersebut berjaya mempengamhi penunggang jalan raya unhlk berhati-hati semasa menunggang motosikal di jalan raya supaya sebaliknya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap pemahaman atau pandangan mereka terhadap mesej yang hendak disampaikan melaIui iklan tersebut. Di samping itu juga kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang sesuai dan berkesan bagi menyampaikan mesej tentang keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal. Kepentingan : Setiap kajian yang dibuat mesti mempunyai kepentingannya. Bagi penyelidikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada penunggang motosikal. Melalui kajian ini, sudah pasti mereka dapat mengambil pengajaran dari mesej yang hendak disampaikan melalui iklan tersebut. Penyelidikan ini juga amat penting bagi membantu
pihak Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengetengahkan idea-idea untuk tujuan kempen keselamatan jalan raya. DaIam kajian yang dibuat ini, penulis dapat mengenalpasti kaedah-kaedah dau peudekatan yang sesuai dalam menghasilkan sesebuah iklan yang berkesan telUtama bagi tluuan keselamatan jalan raya. Kaedah dan metodologi ; Proses penghasilan tesis ini dibuat berdasarkan duakaedah iaitu dari sumber data awal (primary sources) dan sumber data kedua ( secondary
sources ). Bagi sumber data awal, penulis mendapatkan maklumat dengan mengedarkan soal selidik kepada sasaran iaitu penunggang motosikal. Lokasinya adalah di beberapa buah
negeri iaitu Perak, Selangor, dan Melaka. Selain melalui soal selidik, penulis juga memperolehi maklumat dengan menemubual beberapa tokoh akadernik dan individu seperti Profesor Madya Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dari UPM, Puan Wan Badariah Wan
Mohamad dari MKJR Negeri Perak, Encik Mohd Aidi Mohd. Hussin dari MKJR Malaysia, dan Encik Ridzuan Rayman dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, JPJ Negeri Perak. Selain itu penulis juga membuat pemerhatian terhadap iklan-iklan tersebut melalui video dan juga berdasarkan statistik-statistik yang dikeluarkan oleh PDRM dan MKJR Malaysia.Bagi sumber data kedua, penulis memperolehi maklumat dan data-data dari himpunan yang diringkaskan dari sumber data awal. Selain itu juga maklumat-maklumat tambahan diperolehi daripada bahan-bahan rujukan seperti buku-buh'U akademik, majalah, keratan
akhbar, artikel-artikel, kamus, journal, risalall dan lain-lain bahan yang bersesuaian. Rumusan ; Secara umumnya hasil dari penyelidikan yang dibuat didapati penunggang motosikal megetahui dan memahami tentang isu kempen keselamatan jalan
raya yang bertujuan memberi kesedaran kepada mereka. Semoga dengan pelancaran kempen ini , penunggang motosikal dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan
kadar kemalangan yang berlaku di negara. ini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saiyed Hussin, Sharifah Mariam UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business societies > Advertising > Methods > Advertising campaigns > Malaysia H Social Sciences > HF Commerce > Business societies > Advertising > Methods > Other methods, A-Z > Television advertising > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Kempen keselamatan jalan raya, penunggang motosikal, pengaruh lklan |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14427 |
Download
TD_SHARIFAH MARIAM SAIYED HUSSIN AD 00_5.pdf
Download (817kB)