Pandangan masyarakat Melayu terhadap penggunaan seni khat sebagai penonjolan identiti korporat / Sharipah Noor Azura Syed Othman

Syed Othman, Sharipah Noor Azura (1999) Pandangan masyarakat Melayu terhadap penggunaan seni khat sebagai penonjolan identiti korporat / Sharipah Noor Azura Syed Othman. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Pengenalan: "Pandangan Masyarakat Melayu Terhadap Penggunaan Seni Khat Sebagai Penonjolan Identiti Korporat" menjadi tajuk penulisan tesis ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan seni khat di dalam kehidupan kita dalam masyarakat Melayu yang sememangnya dikaitkan dengan agama Islam. Seni khat merupakan seni rupa yang amat dihargai oleh umat Islam. Kebebasan susunan tulisan
khat menghasilkan reka bentuk yang mempunyai faktor daya cipta yang kreatif dalam bidang yang amat luas jika dibandingkan dengan jenis-jenis tulisan yang lain. Ini menyebabkan seni khat begitu istimewa jika dibandingkan dengan hasil seni yang lain.
Justeru itu, tulisan yang indah ini (seni khat) mendapat keutamaan di sisi orang Islam sebagai bentuk seni yang mempunyai keagungan yang tersendiri. Masalah Penyelidikan: Seni khat menjadi sesuatu yang amat unik dan menarik untuk
dikaji berilrutan ia merupakan warisan kaligrafi Islam yang telah lama mendapat tempat yang tinggi di kalangan pencipta seni kaligrafi antarabangsa. Penulisan inijuga bertujuan mendedahkan kelebihan setiap elemen yang terdapat pada tulisan khat dan juga
membuktikan kepada umum dan pencipta-pencipta seni warisan Tamadun Islam khasnya, tentang penggunaan seni khat yang tidak semestinya bersandarkan kepada penggunaannya sebagai hiasan semata-mata, Dalam pada itu diharap tesis ini menjadi
salah satu bahan rujukan yang dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menilai dan meneroka hasil-hasil kesenian sesuatu masyarakat yang telah lama menerima tamadun tersebut iaitu Tamadun Islam. Prosedur: Dalam proses menyiapkan tesis ini, kaedah penyelidikan dan penulisan telah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan peringkat seperti membuat soal selidik,
temubual, dan pemerhatian. Kaedah soal selidik melibatkan sebanyak 100 orang responden yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, dan ia melibatkan golongan guru, jururawat pelatih, pelajar ITM, dan peneroka, Kaedah temubual dibuat lee atas 2 orang ustaz iaitu Haji Kamaruddin Bin Daud dari Sekolah Agama Sik, Kedah; dan Haji Salleh Bin Derani dari Sekolah Menengah Agama Randzatul Ulum, Felda Lubok Merbau,
Kedah. Kaedah pemerhatian pula melibatkan badan-badan korporat yang menggunakan seni khat dalam logo-logo mereka seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan sebagainya. Rumusan: Seni khat merupakan kesenian yang unik dan mempunyai keislaman yang tersendiri yang mencapai taraf keindahan dan daya estetika yang tinggi dan mengagumkan. Sarna ada untuk hiasan atau sebagai sebuah pemberian, hasil karya kaligrafi Islam ini diukir dan dicipta dengan begitu halus dan penuh ketelitian. Ia merupakan khazanah Tamadun Islam yang tidak luput ditelan zaman. Keindahan seni khat tidak lagi dilihat sebagai hiasan semata-mata. Seniman Islam telah meneroka dan
berjaya menemui pendekatan dan perlambangan yang mendekatkannya dengan citarasa keagungan penciptaan dan kekudusan terhadap-Nya, lantas ianya diterima oleh masyarakat sebagai identiti yang memancarkan nilai-nilai keislaman.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Syed Othman, Sharipah Noor Azura
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Religious art > Malaysia
N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries > Alphabets. Calligraphy. Initials > Malaysia
N Fine Arts > NK Decorative arts > Islamic calligraphy > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Seni Khat, masyarakat Melayu, kaligrafi Islam
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14426
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_SHARIPAH NOOR AZURA SYED OTHMAN AD 99_5.pdf] Text
TD_SHARIPAH NOOR AZURA SYED OTHMAN AD 99_5.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14426

Indexing

Statistic

Statistic details