Abstract
Kepelbagaian pendapat yang terdapat dalam mazhab Shafi‘i memberi ruang kepada para sarjana hukum untuk menyuarakan pandangan ketika menyelesaikan permasalahan hukum dalam konteks semasa. Keperluan untuk berpegang kepada pendapat muktamad mazhab Shafi‘i atau ketetapan fatwa oleh institusi berautoriti perlu diikuti sebagai panduan kepada masyarakat supaya tidak berlaku polemik dan konflik yang berpanjangan. Namun, terdapat sebahagian amalan yang dilakukan oleh masyarakat menggunakan pendapat lemah (marjuh) mazhab Shafi‘i berbanding pendapat kuat (rajih). Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konsep penentuan pendapat rajih dan marjuh dalam kalangan Shafi‘iyyah, menganalisis kaedah pemilihan pendapat rajih dan marjuh dalam konteks semasa dan mencadangkan parameter pemilihan pendapat rajih marjuh melalui pentarjihan Shafi‘iyyah. Metodologi kajian yang digunakan berbentuk kualitatif melalui kaedah pengumpulan data dan analisis data. Pengumpulan data dibuat secara dokumentasi dengan memfokuskan kepada kitab-kitab muktabar mazhab Shafi‘i seperti al-Umm, al-Risalah, Minhaj Talbin, Raudah Talibin, Tuhfatul Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj, kitab-kitab terkemudian ulama kontemporari, kitab ulama nusantara yang bermazhab Shafi‘i seperti Sabilul Muhtadin, Sulam Mubtadi’ Furu’ al-Masa’il dan Sirat al-Mustaqim dan senarai fatwa di Malaysia sebagai panduan terhadap sampel isu dalam permasalahan ibadah. Hasil dapatan akan dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Seterusnya analisis tematik dijalankan menggunakan perisian Atlas ti.9 untuk menjelaskan kaedah tarjih Shafi‘iyyah. Hasil kajian mendapati, keputusan yang dibuat oleh autoriti iaitu institusi fatwa di Malaysia telah melalui proses yang sama digunakan oleh Shafi‘iyyah terdahulu dalam membuat keputusan hukum. Terdapat lima parameter yang telah dicadangkan dan dibangunkan perlu diikuti oleh intitusi fatwa dalam membuat keputusan hukum melalui proses pentarjihan iaitu menguasai usul Shafi’iyyah, mengkaji gambaran permasalahan hukum (marhalah taswir) , mengenal pasti punca masalah dalam menentukan hukum (marhalah tahqiq mas’alah), menentukan solusi (marhalah tahdid) dan membuat kesimpulan hukum (marhalah al-hukm). Berdasarkan cadangan lima parameter yang perlu diikuti oleh institusi fatwa dalam membuat keputusan hukum, kajian seterusnya boleh diperluas dalam konteks hukum yang lebih luas, termasuk muamalat, jinayah, dan munakahat.
Metadata
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nik Azhar, Nik Airin Aqmar UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Bhari, Azri UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed Yusof, Mohd Faiz UNSPECIFIED Thesis advisor Saiman, Mohd Zuhaili UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > Malaysia B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Doctor of Philosophy in Contemporary Islamic Studies |
| Keywords: | Shafi‘i school, Tarjīḥ, Rājiḥ, Marjūḥ, Fatwa, Fiqh, Malaysia |
| Date: | June 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144086 |
Download
144086.pdf
Download (426kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
144086
Indexing
