Projek ini dijalankan untuk meneroka persoalan tentang keberkesanan modul intervensi Terapi Kognitif dan Terapi Tingkah laku dalam mengurangkan masalah Kesihatan mental dalam kalangan pekerja organisasi. Terdapat dua objektif yang menjadi panduan dalam projek ini. Pertama, projek ini menguji kesan Kelompok Terapi Kognitif (KTK) dengan mengukur perbezaan antara ujian pra dengan ujian pasca tahap Kesihatan mental pekerja organisasi yang mengikuti KTK (Kumpulan Rawatan) dengan pekerja organisasi yang tidak mengikuti KTK (Kumpulan Kawalan). Kedua, adalah menguji kesan Kelompok Terapi Tingkah laku (KTT) dengan mengukur perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca tahap Kesihatan mental pekerja organisasi yang mengikuti KTT (Kumpulan Rawatan) dengan pekerja organisasi yang tidak mengikuti KTT (Kumpulan Kawalan). Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan perubahan yang besar dalam pengurangan masalah tahap Kesihatan mental pekerja organisasi yang mengikuti KTK. Begitu juga projek ini menunjukkan terdapat kesan perubahan yang besar dalam mengurangkan masalah tahap Kesihatan mental kepada pekerja organisasi yang mengikuti KTT. Berdasarkan perbandingan antara kedua-dua kelompok ini, didapati KTK lebih memberi kesan dalam mengurangkan masalah tahap Kesihatan mental. Sebaliknya, pekerja organisasi Kumpulan Kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam mengurangkan masalah Kesihatan mental. Projek ini juga menunjukkan modul rawatan yang disediakan dengan menggunakan Terapi Kognitif dan Terapi Tingkah laku sangat sesuai digunakan untuk mengurangkan masalah tahap Kesihatan mental dalam kalangan pekerja organisasi.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Sulaiman, Wan Anor wananor@unishams.edu.my Zulkifli, Nur Aqilah UNSPECIFIED Fakharuzzaman, Umaimah UNSPECIFIED Muhammad Fahmee, Ainul Mardhiah UNSPECIFIED Mohd Noor Din, Nurul Izzah UNSPECIFIED Anuar, Aizat Hadi UNSPECIFIED Mohd Zakariah, Muhammad Musthofa UNSPECIFIED Marzukhi, Nur Hazwani UNSPECIFIED Hasim, Idayu UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Job evaluation H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Job satisfaction |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 113 |
| Keywords: | Keberkesanan kelompok, Terapi kognitif dan tingkah laku, Kesihatan mental |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144043 |
144043.pdf
