Pembangunan dinamik bagi usahawan asnaf luar bandar: kajian di Negeri Pahang Darul Makmur

Khairuldin, Nurul Farhanah (2025) Pembangunan dinamik bagi usahawan asnaf luar bandar: kajian di Negeri Pahang Darul Makmur. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Bantuan zakat merupakan instrumen penting dalam sistem ekonomi Islam yang berperanan membantu golongan asnaf keluar daripada kitaran kemiskinan, khususnya melalui pembangunan keusahawanan. Meskipun pelbagai bantuan dan sokongan telah disediakan, jumlah usahawan asnaf luar bandar yang menerima bantuan modal masih rendah, sekaligus menimbulkan persoalan tentang keberkesanan pendekatan yang digunakan. Hasil penelitian mendapati model pembangunan keusahawanan zakat digunapakai oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dilaksanakan tanpa mengambil kira latar belakang dan demografi asnaf sedangkan wujudnya jurang yang luas antara kawasan bandar dan luar bandar. Model umum ini tidak dapat menangani cabaran yang dihadapi anaf luar bandar seperti kekurangan infrastrukur, peluang ekonomi terhad, kekangan birokrasi serta faktor sosial dan psikologi yang menghalang merka untuk berkembang. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti keusahawanan di bawah Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) bagi asnaf luar bandar di negeri Pahang Darul Makmur, menganalisis keperluan dan tahap persediaan mereka dalam mengembangkan perniagaan, serta mencadangkan satu model pembangunan dinamik bagi memperkasakan usahawan asnaf produktif luar bandar. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah perpustakaan, pemerhatian dan temu bual informan. Hasil kajian mendapati bahawa program keusahawanan MUIP berdepan dengan kekangan dari segi pemilihan peserta, pemantauan dan motivasi usahawan asnaf. Keperluan utama usahawan asnaf merangkumi bukan sahaja modal, tetapi latihan praktikal, bimbingan berterusan dan akses pasaran. Kajian mencadangkan model pembangunan dinamik yang menekankan faktor demografi, individu, pengetahuan dan kemahiran serta sokongan berterusan bagi memperkasa asnaf luar bandar ke arah menjana pendapatan secara berdikari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143743.pdf]
Text
143743.pdf
Download (156kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics